Sunday 6 September 2009

Bila Kacang Lupakan Kulit

An excerpt from a blog by one known guy. I stumbled upon this writing and applaud his critiques which had received many uncalled for remarks thrown at him, as an individual, as a Chinese, and as a Muslim convert.


Selaku rakyat berbangsa Cina, saya amat berasa bertuah hidup di bumi bertuah
ini. Orang Cina (juga India) bernasib baik kerana kerajaan Malaysia sejak
sebelum dan selepas merdeka, tidak banyak berusaha sama sekali mengasimilasikan mereka walaupun kerajaan berhak melakukannya terhadap mereka yang berhijrah.


Mereka adalah seperti orang Cina seadanya seperti mereka di negeri China.
Bersekolah, berbudaya, bertutur dan semua cara hidup berasaskan keCinaan (atau keIndiaan). Mana ada negara di dunia seperti ini?

Berbanding dengan negara lain, seperti Thailand dan Indonesia serta lain-lain negara dunia, mereka yang berhijrah mesti diasimilasikan dahulu sebelum menjadi warga negara di sana.
Kita lihat di Thailand, pada tahun 1930an semua identiti kaum Cina dihapuskan
termasuk meroboh semua sekolah Cina. Hari ini, orang Cina di Thailand sudah
tidak seperti orang Cina.





No comments: