Tuesday 12 November 2013

Pendidikan Islam.

Pendidikan Islam perlu dikaji semula.....Itu kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang meminta supaya kurikulum mata pelajaran Pendidikan Moral dan Agama Islam di sekolah dikaji semula bagi memastikan kedua-dua subjek itu sesuai dengan tuntutan semasa.

 Dr. Mahathir juga berpendapat, buku teks baru kedua-dua mata pelajaran itu perlu diterbit serta diguna pakai di sekolah-sekolah untuk mendapatkan hasil terbaik dalam membentuk modal insan berguna kepada negara.

Timely.
Itu kata saya.

Pernah semasa berbual kosong sambil minum petang teh tarik bancuhan partner-in-crime, serta berbual kosong mengenai alam sekitar dan manusia sekeliling saya; mengutarakan hal ini.
Pada pendapat saya ajaran agaman Islam diperingkat rendah perlu mengambil apa yang penting dalam hidup seorang muslimin atau muslimah.

Tidak segan saya mengakui saya hanya mendalami apa perbuatan dalam solat saya dan makna setiap pergerakkan saya ketika umur sudah suku abad.
Ini kerana saya 'curious' ingin tahu.

Jika pada yang tidak ingin tahu?
Mungkin perbuatan solat itu menjadi tidak penting atau menjadi satu perlakuan 'semulajadi' yang perlu diikuti seorang muslim. Titik.

Pada pendapat saya, setiap satu Rukun Islam perlu diperluaskan lagi cabang penilaianya dan pemahamannya supaya menjadi lebih relevan dalam kehidupan harian, sambil dapat memberi makna lanjut akan setiap kehendakan Rukun Islam yang wajib diingati serta diikuti.

Begitu juga dengan rukun Iman.
Ya,  sememangnya solat serta ajaran berkaitan ada diajar disekolah, tetapi untuk lebih pemahaman, sebilangan besar kanak kanak dihantar ke kelas petang khas pengajian agama dan fardhu ain.
Walauun begitu, melalui pengalaman saya semasa kanak kanak, tiada ajaran 'kenapa' dalam menyelenggarakan solat. Tiada ajaran sebab musabab kenapa seorang muslim yang solat perlu meletakan tangan diantara dada dan perut, kenapa perlu saya sujud, apa makna bacaan setiap pergerakan dalam sembahyang dan banyak lagi.

Dr Mahathir ada juga  mencadangkan supaya waktu pengajaran dan pembelajaran subjek-subjek itu di sekolah dipanjangkan.
Katanya keutamaan kurang diberikan, dan adakah pelajar hanya diajar cara beribadat sahaja sedangkan ajaran Islam adalah ad-din yang meliputi cara hidup.
Kalau cuma belajar buat ibadah tertentu tetapi tidak menguasai ilmu, itu tidak menepati kehendak agama katanya yang juga meraskan molek jika semakan semula kurikulum dilakukan supaya kita tidak hanya belajar ibadat atau mengajar menjadi manusia yang baik.

 Sungguh tepat dan bernas.

Sewajarnya Pendidikan Islam disekolah dirombak dan digantikan dengan sesutau yang realistik, up to date bersaingan dengan ungkapan 'Quran as a way of life'.


No comments: