Tuesday 24 June 2008

PERJUANGAN MELAYU KINI

Perbezaan di antara perjuangan dan kekuatan yang dipupuk semasa zaman menuju kemerdekaan dahulu dengan yang ada pada masa kini terletak kepada keikhlasan para pemimpin.
Pada era kebangkitan untuk mendapatkan kemerdekaan dari jajahan British dahulu, para pejuang bangsa bertungkus lumus dengan tulang empat kerat dan berlandaskan perjuangan menuntut hak anak bangsa dan agama.

Tiada pangkat atau harta yang dijanjikan untuk mereka jika berjaya melepaskan Tanah Melayu dari dicengkam penjajah. Sekarang, mereka mereka yang kononnya berjuang untuk agama dan bangsa adalah setakat PERJUANGAN MULUT. Perjuangan sebenar mereka adalah PERJUANGAN PANGKAT DAN HARTA BENDA.

Perjuangan untuk menjadi ketua; dari ketua bahagian hinggalah ke pucuk pimpinan yang teratas sekali. Perjuangan mereka hanya berlandaskan wang ringgit tanpa mengendahkan kebajikan rakyat. Tanpa keikhlasan, perpaduan antara Melayu yang di atas (yang senantiasa sibuk menjaga kebajikan masing masing dan menikan belakang), dan Melayu yang di bawah (rakyat biasa yang bekerja untuk mendapatkan gaji cukup makan sebulan) akan goyah.

Para pemimpin semakin lahap memboloti apa yang dapat dikejar tanpa rasa segan silu dengan perlakuan yang dianggap tidak senonoh dan kertelaluan. Setiap bahagian keluarga dari anak anak, adik beradik, sepupu sepapat hinggalah ke biras masing masing mempunyai kepentingan tersendiri.

Ya, memang sukar untuk menolak permintaan orang orang terdekat yang datang menghulurkan tangan meminta pertolongan. Tetapi ianya haruslah dilakukan dengan berpada pada dan adil.

Jadi, bagaimana jikalau wujud satu kelompok yang benar benar jujur dengan diri sendiri, dengan rakyat dan tidak mengambil kesempatan mengaut keuntungan diri sendiri dapat mengelakkan dari terjerumus ke lembah kerakusan harta benda pada masa ini.
Lima jari adalah lebih kuat dari satu jari telunjuk.

Oleh itu lahirlah dan akan lahir lagi ramai para pelapis yang akan mengejar dan melalui jalan jalan perjuangan songsang ini. "If you cant beat 'em, join them"....

Dengan itu telah hilanglah perjuangan sebenar, lenyaplah perpaduan dan tiada persefahaman, rakyat porak peranda, pemimpin sibuk mengaut harta, negara akan tergadai kepada si anak angkat Isreal, bangsa akan dijajah sepenuhnya.

Akan hilang UMNO, Melayu dan Islam di Malaysia jika kerakusan ini diteruskan oleh pemimpin sekarang dan masa hadapan.

http://chedet.blogspot.com

No comments: