Wednesday 10 June 2009

Mengumpat & Bergossip

Mengumpat & bergossip itu adalah dua benda yang berasingan.

Ada pendapat segolongan orang di sini (termasuk yang bukan wanita!) bergossip itu perkara biasa, dan mereka tidak mengumpat. Memang ada benarnya. Bergossip itu lumrah hidup, lebih-lebih lagi bagi golongan wanita.

Tetapi mungkin juga istilah bergossip bagi mereka adalah menukar cerita, mengada-ada kan cerita yang tak ada dan sebagainya.

Jadi untuk penerangan lanjut, sila lah baca petikan pendek dibawah; ambil-ambil iktibar rakan-rakan sekalian. Jangan lah menjadi hamba-hamba syaitan yang membisikan dan memberi kegembiraan tak terhingga bila mengetahui, bercerita dan membuka keaiban seseorang.

Insyallah, kalau dijauhkan sifat-sifat menokok tambah dan memutar belit cerita ini akan berkat lah umrah dan haji yang telah dan akan dikerjakan.

Walau bagaimanapun sedaya upaya menafikan tidak bersubahat mengumpat, Allah swt itu maha mengetahui hati naluri kita. Walau bagaimanapun kita cuba mengatakan diri tidak bersalah, Insyallah, bak pepatah Inggeris "The truth will prevail".

Bawak-bawak lah bersabar dan banyakkan beristigfar.

Banyakkan membaca. Bacalah bab-bab berkenaan Uzlah. Insyallah dapat pedoman.


Lima cara henti sifat mengumpat

SIKAP
suka mengumpat atau menceritakan keburukan dan kelemahan orang lain dilaknat
oleh Allah.

Mereka yang bersikap demikian, secara disedari atau tidak
mencela dan mengaibkan orang lain yang hukumnya berdosa besar.Ketika berbual, sama ada secara sengaja atau tidak, mereka menceritakan keburukan ketuanya, jiran, saudara mara dan orang yang lalu di hadapan mereka.


Firman Allah bermaksud:

"Hai orang yang beriman, kalau datang kepada kamu orang jahat
membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu jangan sampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui, kemudian kamu menyesal di atas perbuatanmu
itu." (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Sabda Rasulullah saw seperti yang diriwayatkan oleh Al-Thabrani daripada Abu Hurairah bermaksud:

"Yang paling dikasihi Allah antara kamu ialah mereka yang baik akhlaknya, merendah diri, suka pada orang dan disukai orang. Dan yang paling dimarahi Allah ialah mereka yang membawa fitnah,
mencerai beraikan di antara sesama saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah."

Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong
seseorang itu mengumpat;

Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika
kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;

Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang.


Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat.

Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain.

Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain. Sehubungan itu, Imam
al-Ghazali menyarankan lima perkara untuk menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah;

Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan
orang lain itu berdosa besar;

Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang;

Hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.



No comments: