Monday 20 May 2013

Budak hingusan Part 1.




Haaaaa...mesti best dapat pakai gelang free kan?
Budak tak habis sekolah, dah nak sibuk menjadi perusuh.
Budak kecil yang berhingus ni, kalau mengikut cerita adalah pelajar UPSI-- kalau tak salah juga, UPSI ni mengeluarkan tenaga pengajar. Ya, bakal pengajar ini lah bakal tenaga pengajar.

Tapi apa yang nak diajar kepada bakal penuntut jika belum habis belajar, dah mula nak merosakkan negara.
Jangan tanya pendapat kaki sorak pembangkang yang terkinja kinja menyorakkan setiap baris ayat 'penaik semangat' dalam ucapan hingusan Adli ini. Yang lebih dramatik adalah ada juga golongan monyet tambatan PKR/DAP yang  sanggup duduk bermalam berteman lilin sorang sebatang untuk menunjukkan kepada umum bahawa apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa salah.

Tapi apa yang mereka buat tak salah?
Menyebarkan unsur unsur fitnah kerajaan tak salah?
Menolong Anwar/Lim Kit Siang memporak perandakan keamanan tak salah?

Semoga dengan tertangkapnya pelapis Anwar ni;  budak budak hingusan yang tak habis belajar di U atau sekolah menengah yang belum tertangkap lagi, dan yang masih meminta duit mak bapak untuk pergi candle-lit dinner dengan girlfriend -- pandai pandai lah anda semua berasa takut ya.
Kalau tak takut pun, rasanya tidur dalam bilik yang sekali dengan jamban tu mesti bebau tak nyaman dan tak lah seenak tidur kat dalam bilik atau dorm di kolej.


Rasanya budak hingusan Adam Adli ni teringin nak jadi Che Guevara kut.
Tapi tahukah dia Che Guevara itu seorang Doktor yang dah habis belajar semasa bersama menolong pemberontakan Fidel Castro.
Ini kalau tanya siapa Tan Sri Lee Lam Thye entah tahu entah tidak.


KESIAN....REBEL WITHOUT A 'PROPER' CAUSE.

No comments: