Monday 20 May 2013

Peribahasa Melayu untuk Melayu dan Bukan Melayu.

KUALA LUMPUR 19 Mei - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak gentar dengan desakan Lim Guan Eng yang mahu beliau menarik balik gesaan terhadap mana-mana pihak yang tidak setuju dengan sistem pilihan raya Malaysia supaya berhijrah ke negara republik. 
(Peribahasa Melayu 'Terlajur perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'-- walau apa pun saya ucapkan Bravo Zahid Hamidi!)

Malah, beliau menegaskan kesediaannya berdepan dengan Setiausaha Agung DAP itu termasuk Penasihat parti berkenaan, Lim Kit Siang yang bercadang membawa usul mengecamnya dalam sesi Dewan Rakyat nanti.

''Saya sedia menghadapi usul kecaman dari Guan Eng. (Tetapi) kenapa pula dia yang merasa pedas? Dia termakan cilikah?
(Peribahasa Melayu "Siapa makan cili dia yang terasa pedasnya"...jadi  bertepatan sangatlah soalan Zahid kepada Lim Jr)

''Saya memang sudah biasa berdepan dengannya. Apa nak takut?'' tegas beliau kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
(Peribahasa Melayu 'Pengayuh Sama Ditangan, Perahu Sama Di air' -- ...)
Ahmad Zahid sebelum itu mengulas kenyataan Guan Eng yang mendesaknya menarik balik gesaan terhadap mana-mana pihak yang tidak setuju dengan sistem pilihan raya Malaysia supaya berhijrah ke negara republik.

Menurut Guan Eng, jika Ahmad Zahid gagal berbuat demikian, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah akan membawa usul mengecamnya di Dewan Rakyat.

Selasa lalu, Ahmad Zahid berkata, pihak yang tidak setuju dengan sistem pilihan raya first past the post iaitu cuma seorang wakil rakyat mewakili kawasan ditandingi dan bukan single transferable vote boleh berhijrah ke negara republik kerana kerajaan Malaysia dipilih berdasarkan parti yang memenangi jumlah kerusi paling banyak.
(Pepatah Melayu "Gunting Dalam Selimut" -- ISA patut diujudkan semula untuk menangani masalah dalaman begini. Musuh yang amat digeruni adalah musuh dalam selimut...bukan musuh luaran yang kita boleh jangka)

Pelbagai pihak turut tampil menyatakan sokongan terhadap kenyataan berkenaan dan menegaskan saranan itu adalah wajar kerana pembangkang ketika ini sengaja menyemai benih kebencian dalam hati rakyat.
(Walau pun mereka beria ia mengatakan tidak...)

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO menggesa Guan Eng supaya tidak memutarbelitkan kenyataannya berhubung saranan berkenaan.

"Baca elok-elok (kenyataan terbabit). Kalau tak faham bahasa Melayu, elok masuk sekolah semula,'' katanya.
(Dalam banyak banyak statement Zahid Hamidi ini lah yang TERBAGUS!)

Untuk akhir kata, kepada Che Guevara wannabes apa kata pergi cari buku berikut kalau masih ada, baca dan fahami isi kandung. Ditulis oleh mualaf terkenal Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

No comments: